Hadiah Untuk Ibu dan Ayah

balik lagi? hehe. tiap-tiap minggu balik. sekolah ana tengah bermurah hati bagi cuti kat pelajar-pelajar dia. hehe. well, minggu ni agak penat menguruskan beberapa kerja yang perlu disiapkan dengan segera. antaranya, motivasi-motivasi yang bakal berlangsung di sekolah, meeting untuk ahli sidang redaksi (sekarang dah ditukar ke unit dokumentasi). itu untuk jawatan ana, dan jawatan sebagai pelajar pula.... adalah untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang cikgu beri. aduss, tak naklah bertangguh dah. nanti alamatnya tak bersiap la.. cuti thaipusam ni pun banyak jugak kerja yang cikgu-cikgu bagi.


alhamdulillah...ana bersyukur sangat-sangat. baru-baru ni, keputusan SMA telah diumumkan... dan sekolah ana dalam ranking keempat dalam semua SAM di selangor. waa...that's great! bagi ana laa, sebab sekolah ana first time ambil peperiksaan sma ni berbanding sekolah-sekolah yang lain, yang lebih berpengalaman. mungkin ini adalah salah satu daya usaha gigih ustaz dan ustazah semua. syukran! dan alhamdulillah juga, sebab dalam sekolah ana ada 8 orang dapat mumtaz. alhamdulillah, ana termasuk dalam senarai 8 orang tu. tapi, peratus tak ada lah tinggi mana, ana dapat 92.6, tapi apapun ana bersyukur sangat atas kemanisan yang Allah kurniakan pada ana.


at first, sebenarnya ana punya agak gempak sedikit berbanding yang lain. sebab apa? actually, result SMA diumukan pada 5 februari 2009, but disebabkan atas perkara-perkara yang tak dapat dielakkan, sekolah ana bagi keesokan harinya. petang tu, kami ada exercise sikit sebelum pertandingan balapan yang diadakan minggu depan. so, ana pun dah bersiap sedia. hari tu, penat sikit la..sebab ana puasa sunat. then, ana dan rakan nak panggil cikgu untuk mendapatkan maklumat. then, ana dan rakan pun terserempak dengan ustazah rosmarina. ustazah ucapkan tahniah je..tapi tengok gaya macam cakap kat dua orang rakan ana tu je. then, kami keluar pergi ke padang luar untuk membuat beberapa latihan sebelum pertandingan bermula. hati ana mula jadi tak keruan..of course la! time tu orang sibuk-sibuk pasal sma, time tu jugaklah nak buat latihan balapan. adus... seriously, tak dapat nak kosentret, tangan pegang benda lain, fikiran ingat benda lain. haha.


petang tu, ana mula la rasa tak sedap hati. yela.. mana tak nya. ana fikir kalau sekolah ana dalam ranking keempat, mestilah yang dapat mumtaz dalam lingkungan 20 orang kan? tu pun paling minima la.. huhu. semua tu jauh meleset. hanya 8 orang je.. 8 orang! 6 orang pelajar yang memang dah tersebar yang confirm mumtaz. 5 perempuan dan sorang laki. petang tu naimah bagi ana semangat, lama juga..btw, thanks namah! sebak la juga. haha. at last, ana boleh terima dan ana redha dengan semua keputusan yang ana bakal terima.


keesokan harinya, seawal jam 9 pagi, ustazah rosmarina memasuki kelas kami. time tu jugak ana cuba kumpulkan seluruh tenaga ana untuk terima seadanya. nama ana lambat sikit sebut. lagi la buat gempak.. thanks to munirah coz tenangkan ana. then, naimah, faarihah dan khairun dapat result. semua dapat mumtaz. alhamdulillah.. hati ana still berdebar. naimah kata dia nampak ana punya mumtaz, tapi dia pesan supaya jangan terlalu berharap.. ahh, memang dah tak berharap apa-apa pun. then, nama ana dipanggil, ana pun mulalah melangkah ke arah ustazah. ustazah senyum! tapi...senyum untuk kejayaan atau senyum untuk tanda simpati? huhu.

ustazah: tahniah,fatimah.

ana : saya dapat berapa ustazah

ustazah: ehh, kamu mumtaz !

ana : saya mumtaz? (ana pun terus mengambil slip dan memandang di bahagian bawah slip tersebut)

disebabkan terlalu terkejut dan tak disangka-sangka dengan keputusan yang ana terima, ana terus memeluk ustazah.. ahh, malunya. orang lain yang dapat result tak ada pun macam tu.hehe

alhamdulillah, apa yang berlaku tu ada hikmahnya..

* alhamdulillah, hamba bersyukur atas kemanisan nikmat yang Kau berikan.

Kejayaan ni untuk ........

* ibu dengan ayah

* kakak, ala dan abang

* raudhahtun najah ( naimah, munirah, najwa, zulfa, khairun, naza )

hasil doa kalian. syukran!