Ketentuan Allah Adalah Takdir Yang Terbaik

Ana ambil cerita ni dari laman web iluvislam..mungki cerita ni sedikit sebanyak memberi pengajaran buat kita semua khususnya pelajar yang bersekolah agama.

------------------------------------------------------------------------------------------

Tanyalah kepada mana-mana pelajar sekolah agama, aku yakin dan pasti, tidak sampai suku pun daripada mereka yang menyebutkan UiTM adalah cita-cita mereka untuk mengecapi kehidupan sebagai seorang mahasiswa/siswi. Bagi mereka, UiTM adalah tempat terakhir, sekiranya sudah tiada pilihan lain lagi.

Kebanyakan mereka, setidak-tidaknya bercita-cita untuk menyambung pengajian di kolej matrikulasi,dan majoritilah yang bermimpikan universiti-universiti luar negara. Begitu jugalah aku pada waktu dahulu, bukan sahaja tidak menyebut nama UiTM, bermimpikan universiti yang dikatakan benteng terakhir orang melayu itu juga tidak pernah!

Tapi perancangan Allah itu yang terbaik, walaupun kita rasa pahit sekali untuk menerimanya. Dalam borang UPU, aku memenuhkan kelapan-lapan pilihan universiti dengan nama UIA sahaja, dalam bidang undang-undang, tapi tawaran awal ke Kolej Matrikulasi Melaka dalam jurusan Sains Hayat, membuatkan aku tidak sabar-sabar untuk mengembara dalam dunia seorang pelajar kolej.

Tapi, aku telah membuat satu keputusan yang salah, setelah hampir satu semester aku menjadi warga Londang, minat aku dalam bidang undang-undang tak pernah padam, dan rasa menyesal yang teramat kerana tidak menunggu keputusan UPU keluar.

Jadi, untuk merealisasikan cita-cita, pilihan terakhir yang aku ada hanyalah memohon untuk menjadi pelajar pra-ijazah undang-undang, UiTM. Dan, dengan takdirNya, tanpa sempat menghabiskan tempoh setahun di kolej matrikulasi, aku bergelar mahasiswi UiTM pula, dengan hati yang tidak gembira tentunya.

Hati aku asyik membandingkan diri dengan rakan-rakan yang lain, yang berada di universiti yang lebih baik-bagi aku pada masa itu. Aku berasa sungguh cemburu dengan sahabat-sahabat di UIAM, sahabat-sahabat yang akan terbang, dan aku berkali-kali juga berasa kesal dengan keputusan aku dulu.

Yang lebih memenatkan, para pensyarah akan bertanya, "Why are you here and not in somewhere else?" Tapi, hari demi hari, aku cuba menerima, dan belajar mengenai perkara baik-baik tentang UiTM, dan juga belajar untuk memahami hakikat kehidupan di UiTM.

Aku hanya dikelilingi 'orang baik-baik' di sekolah dan di kolej, tapi bila berada di persekitaran UiTM, aku jadi terkejut. Buat pertama kalinya aku melihat kawan-kawan perempuan, dengan 'selamba' pergi kemana-mana tanpa menutup aurat dengan sempurna,memakai seluar pendek apabila turun ke kedai runcit. Aku berasa janggal sekali.

Aku juga berpengalaman tinggal sebilik dengan seorang rakan yang sedari awal lagi memesan supaya aku jangan sekali-kali menasihati dia supaya bertudung. Pada awal-awal kehidupan di situ, hati aku sangat susah, selalu berprasangka buruk dengan orang yang tak macam aku. Hati selalu menganggap, diri akulah yang terbaik dalam kalangan mereka. Aduh, betapa 'kurang bersihnya' hati aku!

Tapi, setelah beberapa lama, aku serasi dengan kehidupan di UiTM (bukan bermaksud aku meredhai kelakuan pelajar di sini). Aku semakin mengerti untuk meladeni sahabat-sahabat yang tidak sama seperti kita. Aku juga semakin faham tugas aku sebagai dai'e.

Pengalaman sehari-hari juga mengajar aku supaya tidak 'under-estimate' orang lain dan jangan 'overrate' diri sendiri. Aku hidup dalam kalangan mereka, barulah aku tahu, ramai mereka tidak begitu mengerti tentang asas-asas fardhu ain, malah ada yang pernah bertanya, kenapa kita diwajibkan memakai tudung?

Allah 'mencampakkan' aku ke UiTM juga, untuk mengajar aku menyucikan hati. Bagi aku, orang-orang yang berpeluang belajar ilmu agama lebih sedikit dari orang yang lain, Allah uji dengan hatinya sendiri. Mereka juga mudah menghukum perbuatan orang lain.

Aku teringat kepada kisah seorang senior aku yang pada zaman sekolahnya memakai tudung labuh dan berpurdah, dan memarahi adik-adik yang bertudung tiga segi, tapi setelah dia memasuki alam universiti, di universiti islam pula, dia telah berpakaian seperti apa yang pernah dilarangnya dahulu!

Aku pernah berasa begitu pedih, apabila sewaktu aku mengikuti satu trip, yang kebanyakan pesrtanya adalah ahli persatuan Islam, ada satu suara berkata, "Amboi, dahla ikut trip macam ni, pakai selendang aja", dengan nada sinikal kepada salah seorang peserta yang 'free-hair' dan hanya melindungi rambut dengan selendang saja.

Bagi aku, amat tidak patut seorang naqibah bersuara begitu. Sepatutnya, dia mesti memberikan kata-kata yang positif, mudah-mudahan rakan perempuan itu lebih bersemangat untuk menutup aurat dengan lebih sempurna.

Aku selalu juga dihujani dengan pertanyaan dan pandangan tentang sikap golongan orang yang aktif dalam dakwah ini. Kata mereka, kebanyakan kakak-kakak yang bertudung labuh tidak mesra, mudah memandang serong pada mereka. Dan setiap tindak tanduk mereka jadi serba tidak kena pada pandangan kakak-kakak dakwah tadi.

Malah, aku juga pernah dituduh keliru identiti kerana terus bersahabat rapat dengan bermacam-macam orang, dan berlainan agama pula! Berada di UiTM juga, membuatkan aku makin mengerti, mahalnya sekeping hidayah, dan sebuah peluang.

Waktu bersekolah dahulu, aku cepat bosan dengan sesi ceramah, usrah, qiamullail, tapi di sini aku merindui semua perkara tersebut.Kalu dulu, aku 'lari-lari' dari berusrah, sekarang aku sendiri yang mencarinya. Aku juga bersyukur kepadaNya, kerana memberikan aku sedikit kefahaman tentang agama, berbanding dengan sebilangan kawan-kawan aku.

Hidup di sini juga, melatih aku untuk meneguhkan hati, kerana cabaran di sini bukannya sedikit. Aku juga berpeluang untuk mengenali jenis-jenis manusia di sini, dari seorang yang baik sampailah hidup tidak berpedoman. Dari yang bertutup litup, sampailah kepada yang seksi-meksi.

Yang paling tidak dapat aku lupakan, aku pernah di'reject' oleh seorang ibu kerana aku bukan dari universiti Islam, hanyalah anak didik UiTM! Semua itu membuatkan aku makin mahu membuktikan, hidup dalam suasana yang bukan bi'ah solehah tak akan sekali-kali menjerumuskan aku ke dalam kehidupan yang gelap. Aku ingin sekali membuktikan pelajar UiTM masih ramai yang menjaga adab dan akhlaknya.

Apa yang aku ingin kongsikan di sini, setiap apa yang Allah aturkan pada kita, mesti ada hikmah yang teramat besar buat kita. Rahmat disebalik ujian itu, mungkin lambat, mungkin cepat dapat kita rasai. Aturan Allah itu sungguh indah, walaupun kita menafikannya. Mungkin, kalau aku berada di UIAM contohnya, aku tidak berpeluang untuk berdikari dan belajar merendahkan hati seperti hari ini!

Lawatan ke Melaka




Dalam perjalanan, berhenti untuk beberapa minit sebelum meneruskan perjalanan..









Sebelum melangkah masuk ke Zoo Melaka. macam pasukan nasyid sekolah ke? hehe.









Cikgu Khatijah dan Cikgu Norizan di depan papan tanda Zoo Melaka.








Before starting pertunjukan dari haiwan yang comel dan bijak!









Di Perhentian Kura-kura bersama Cikgu S. Falinda dan Cikgu Mariah











Di Bandar Hilir, Bandaraya Melaka. Puluhan pelancong asing yang komited untuk bergambar dengan pelajar sekolah kami.










Break for Zuhur and lunch at Masjid Selat Melaka.










Dalam Menara Taming Sari yang baru dibina. Menara ni dibina atas ilham dari negara Jerman. Ketinggian sejauh 8 kilometer.





Usrati Jannati

hmm, dalam post kali ni ana nak cerita pasal keluarga ana.


Encik Abdul Rashid bin Haron ni la ayah ana. gambar ni time ayah dengan ibu pergi Sabah. cantik kan view dia.. ayah ana kerja kat UPM. lama juga kerja kat UPM. ayah ni pemurah sikit, kalau orang berjual tu, tak sampai hati nak tolak. mesti beli punya la.hehe. then, ayah ada satu hobi yang baru tau. beli something yang dia tak suka. hehe. menarik kan? ayah kalo masak sedap..dulu time ibu pergi kursus, ayah la yang masak.sejak ada meja ping pong ni, ayah sekarang ni dah makin pandai main ping pong. ana pun kalah dengan dia..hehe. lepas ni ayah bolehlah jadi wakil ehh.




Ini pulak ibu ana, Puan Faridah binti Hussin. time ni pun kat Sabah, dalam hotel.Ibu kerja sebagai guru kat Sekolah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda. ajar math...ada pengalaman banyak..so, beware la eh. jangan main-main dengan mak ana.hehe. Ibu ni suka masak.. kalau boleh 24 jam kat dapur tu..hehe. tak ada la sampai 24 jam. dulu ibu wakil ping pong jugak, tapi sebab dah lama tak main ping pong, tu pasal la dah lupa. ibu jual sutera dari terengganu, so..kalau sesape nak beli sutera yang unik, cantik dan halus, beli lah kat ibu ehh. ( ter'promote' lak )..





Cik Khairunnisa binti Abdul Rashid. dalam gambar ni nampak sweet je kan? tapi kan hakikatnya la kan, hanya Dia dan kami je yang tahu. kakak first ana ni garang gile. garang satu hal, hot tempered satu hal gak. tapi, sometimes dia suka buat lawak. kami adik beradik selalu la bahan kan dia. hehe. sebagai contohnya, semalam time main ping pong dengan ana, sampai nak tergeliat tangan dia ambil bola ana. haha. tapi satu sifat dia yang agak bagus dan ana salute la, dia tak kedekut macam ana ( mengaku lak )..dia suka belanja kami adik beradik time dia dapat gaji ke..or time tengah durian runtuh ke..dan dia suka belanja benda yang mahal-mahal,tu yang best! kakak agak keras sikit..suka yang adventure2 macam masuk hutan ke...tapi keras-keras dia pun...pandai masak. sedap woo dia masak. mewarisi bakat masak ibu kott. dah cukup pakej la...cuma kena kurangkan hot tempered tu.. cepat-cepat sikit eh.. tak sabar nak jaga anak buah ni..haha.






Khadijah Khalilah binti Abdul Rashid nama diberi. uniknya nama kakak ana ni sebab parents ana kata, diaorang tak pernah nampak gabungan nama macam ni lagi. kawan ana pun cakap macam tu. orangnya pun unik gak..haha.ana panggil dia sebagai 'ala'..betul gak cakap dia, ntah mana ana campak title kakak tu..huhu. kakak ana yang kedua ni memang lain sangat dengan yang first tu. yang ni agak 'penakut' sikit tapi happy go lucky la.. haha. sensitiviti yang agak kuat. sebab dia n cepat sikit menangis. gambar ni time kami kat cameron tahun 2007. time tu dia balik sekejap bagi melepaskan kerinduan kat kami..hehe. tahun ni insyaAllah dia akan balik.. yuhuu.. ana macam biasa, masih menanti tawa riang kanak-kanak yang bakal gelar ana auntie.. still waiting n waiting...ahhh





Inilah sorang-sorangnya abang ana. Muhammad Imran bin Abdul Rashid.
seorang yang agak kedekut sikit. buat bisnes besar, tapi tak nak belanja orang. kedekut la tuu.. dulu time kami sekolah rendah, abang suka belanja ana.. belanja ais krim, sate, hot dog dan macam-macam lagi la.. mak ana kata, yela...orang dah ambil course akaun ni mestilah pandai berkira-kira..
nak bagi duit kat orang kena fikir sepuluh kali dulu. haha. abang sekarang jadi penuntut di UIA,Gombak. gambar ni time kami sekeluarga kecuali ala pergi bercuti di Langkawi tahun 2006. tapi, satu yang bagus nya la kan..abang ni lagi bagus masak dari ana. tapi masak simple jela, haha.
tapi, bab sidai-sidai kain ni, terus campak kat ana. aduss...
finish already...apa konklusi yang dapat dibuat daripada perkenalan keluarga ana??

Holiday !!

uhh, lamanya tak update. disebabkan ala, update jugakla blog ni. hehe. hmm, cuti kali ni agak bermakna jugak la. sebab apa? sebab first time ana cuti macam tak cuti. huhu. sekolah ana ada buat kelas tambahan atau lebih glamournya 'perkampungan ilmu' la..


13 mac = starting holiday, semua pelajar asrama begitu girang. tapi kami girang mendengar
motivasi dari Dr Azizan, pensyarah UKM.

14 mac = kelas bermula seawal jam 8 pagi

15 mac = kelas dijalankan seperti biasa, terpaksa balik ke rumah pada waktu tengah hari untuk
berjumpa doktor, balik ke sekolah pada jam 8 malam

16 mac = kelas berakhir jam 12.30 tengah hari, tapi pasukan bahas diminta tunggu sehingga jam 6 petang untuk
latihan sebelum pulang bercuti.

17 mac = Lawatan Sambil Belajar ke Melaka Bandaraya Bersejarah.

18 mac = masa untuk berehat seketika

19 mac = Latihan bahas tapi terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu

20 mac = update blog, study addmath, kemas barang asrama

21 mac = bertolak ke Melaka selepas solat jumaat.

22 mac = balik kampung Pagoh

23 mac = balik dari Melaka, bersiap untuk balik ke asrama

huh....full gile kan? ni la cuti yang ana rasa paling bermakna sekali, sebab lain dari yang lain.. haha. Next post ana akan ceritakan pasal bahas, lawatan dan lain-lain

p/s : minta maaf bagi sesiapa yang asyik menanti post ana..