Usrati Jannati

hmm, dalam post kali ni ana nak cerita pasal keluarga ana.


Encik Abdul Rashid bin Haron ni la ayah ana. gambar ni time ayah dengan ibu pergi Sabah. cantik kan view dia.. ayah ana kerja kat UPM. lama juga kerja kat UPM. ayah ni pemurah sikit, kalau orang berjual tu, tak sampai hati nak tolak. mesti beli punya la.hehe. then, ayah ada satu hobi yang baru tau. beli something yang dia tak suka. hehe. menarik kan? ayah kalo masak sedap..dulu time ibu pergi kursus, ayah la yang masak.sejak ada meja ping pong ni, ayah sekarang ni dah makin pandai main ping pong. ana pun kalah dengan dia..hehe. lepas ni ayah bolehlah jadi wakil ehh.




Ini pulak ibu ana, Puan Faridah binti Hussin. time ni pun kat Sabah, dalam hotel.Ibu kerja sebagai guru kat Sekolah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda. ajar math...ada pengalaman banyak..so, beware la eh. jangan main-main dengan mak ana.hehe. Ibu ni suka masak.. kalau boleh 24 jam kat dapur tu..hehe. tak ada la sampai 24 jam. dulu ibu wakil ping pong jugak, tapi sebab dah lama tak main ping pong, tu pasal la dah lupa. ibu jual sutera dari terengganu, so..kalau sesape nak beli sutera yang unik, cantik dan halus, beli lah kat ibu ehh. ( ter'promote' lak )..





Cik Khairunnisa binti Abdul Rashid. dalam gambar ni nampak sweet je kan? tapi kan hakikatnya la kan, hanya Dia dan kami je yang tahu. kakak first ana ni garang gile. garang satu hal, hot tempered satu hal gak. tapi, sometimes dia suka buat lawak. kami adik beradik selalu la bahan kan dia. hehe. sebagai contohnya, semalam time main ping pong dengan ana, sampai nak tergeliat tangan dia ambil bola ana. haha. tapi satu sifat dia yang agak bagus dan ana salute la, dia tak kedekut macam ana ( mengaku lak )..dia suka belanja kami adik beradik time dia dapat gaji ke..or time tengah durian runtuh ke..dan dia suka belanja benda yang mahal-mahal,tu yang best! kakak agak keras sikit..suka yang adventure2 macam masuk hutan ke...tapi keras-keras dia pun...pandai masak. sedap woo dia masak. mewarisi bakat masak ibu kott. dah cukup pakej la...cuma kena kurangkan hot tempered tu.. cepat-cepat sikit eh.. tak sabar nak jaga anak buah ni..haha.






Khadijah Khalilah binti Abdul Rashid nama diberi. uniknya nama kakak ana ni sebab parents ana kata, diaorang tak pernah nampak gabungan nama macam ni lagi. kawan ana pun cakap macam tu. orangnya pun unik gak..haha.ana panggil dia sebagai 'ala'..betul gak cakap dia, ntah mana ana campak title kakak tu..huhu. kakak ana yang kedua ni memang lain sangat dengan yang first tu. yang ni agak 'penakut' sikit tapi happy go lucky la.. haha. sensitiviti yang agak kuat. sebab dia n cepat sikit menangis. gambar ni time kami kat cameron tahun 2007. time tu dia balik sekejap bagi melepaskan kerinduan kat kami..hehe. tahun ni insyaAllah dia akan balik.. yuhuu.. ana macam biasa, masih menanti tawa riang kanak-kanak yang bakal gelar ana auntie.. still waiting n waiting...ahhh





Inilah sorang-sorangnya abang ana. Muhammad Imran bin Abdul Rashid.
seorang yang agak kedekut sikit. buat bisnes besar, tapi tak nak belanja orang. kedekut la tuu.. dulu time kami sekolah rendah, abang suka belanja ana.. belanja ais krim, sate, hot dog dan macam-macam lagi la.. mak ana kata, yela...orang dah ambil course akaun ni mestilah pandai berkira-kira..
nak bagi duit kat orang kena fikir sepuluh kali dulu. haha. abang sekarang jadi penuntut di UIA,Gombak. gambar ni time kami sekeluarga kecuali ala pergi bercuti di Langkawi tahun 2006. tapi, satu yang bagus nya la kan..abang ni lagi bagus masak dari ana. tapi masak simple jela, haha.
tapi, bab sidai-sidai kain ni, terus campak kat ana. aduss...
finish already...apa konklusi yang dapat dibuat daripada perkenalan keluarga ana??

2 comments:

Biru said...

Haha, sume nak komen org kedekut ke tak.. hampeh tol.. :p

nak jadik auntie ek? Gi la mana2 umah kanak2, suh dorg panggil mah auntie.. haha..

Jejak Cita.... said...

mmg kedekut nk wat mcm mana... dalam bab2 mcm ni, akak la yang paling baik..haha.

bab auntie2 tu...x leh. nak rasa anak buah sendiri la...huhu.