Minggu Memenatkan!

uhh...penat nya la minggu ni. start hari isni ana mula kemas2 rumah. al maklumla, 'anak mithali'! hehe. tak ada la..minggu ni kan dek yah tu nak datang. so, mula la berkemas-kemas.

sampai-sampai je dia kat rumah ana, ana pun terus keluar. sambut dia. tiba-tiba ada pula ayah dia. fuhh..tak ada idea pula nak cakap apa. lepas tu main taram je la..tanya ayah dia ' pak cik, ni boleh tinggal berapa hari ni' ? terkejut agaknya pak cik tu dengan soalan ana. muka berkerut-kerut. lepas dia tu dia tanya dengan yah, nak duduk berapa bulan. haha. lawak la pulak pak cik ni. ana pun senyum jer.

then, kami terus masuk rumah. my adis's wearing pink shirt. cantik dia sekarang..dah jadi perempuan melayu terakhir la..hehe.lepas hidang-hidangkan air sejuk kat dia, ana pun bersiap-siap la nak keluar jalan-jalan.

after ibu sent us to tuut... kami pun berjalan la..makan je dua kali.huh... habiskan duit kat tempat makan jer.. berjalan la sampai malam kat situ..malam tu, kami tidur sama-sama. mata ana dah mengantuk tapi yah macam ajak berbual je..never mind la..banyak benda yang nak diceritakan. pukul 2.30 pm baru la terlelap.

for tomorrow, kami just cuci-cuci mata je. yah je beli seluar. kena dengan ana, memang la 'jimat sangat'. haha. terpaksa dia cari yang paling murah. tapi nasib baik la yah ni jenis tak tengok sangat brand. dia tak kisah brand apa, asalkan benda tu cantik dan selesa untuk dipakai.

next day, kami just berjalan di taman area putrajaya ( banyak kan taman dia...mana satu eh? ).. breakfast kat situ sambil ambil udara segar. then, ibu took us from there.

hari ni yah dah nak balik...sedih jugak. mana tak nya, masa zaman kecil-kecil dulu. everyday, everytime kami bersama. kadang abah yah snediri yang terpaksa panggil anak dia balik rumah. hehe. lawak kan? tapi bestnya zaman dulu kan? tiba-tiba yah ajak ana datang rumah dia. spend kat rumah dia dalam sehari pun jadi la. so, i just minta my mom's permission. she's agree! yeah..alhamdulillah.

so, i spend one night at there. main dengan ajiq. best nya. before dia tidur, dia salam ana and smiling to me. hehe..
em, malam tu pula ana tak boleh nak tidur. kesian yah. kena temankan ana. last-last kami buka photo album yang dah lama-lama tu. macam-macam gambar la. time wedding parents dia, then gambar time kami kecil-kecil dulu
. rindunya zaman tu. dah lepas buka album-album lama ni, terkeluarlah cerita-cerita zaman-zaman dulu.
lawak jugak eh..kami pun tertawa bila teringat balik kisah zaman kecil dulu.

esoknya, yah bawa ana makan abc kat area taman perumahan dia, tapi jauh jugak. exercise sikit..hihi. then, she asked me to invited her friends to join us.emm, mula-mula memang la tak setuju. takut gak. tak biasa la...tapi, nak buat camne...dia kata dia rindu sangat kat kawan-kawan dia.sampai je kawan-kawan dia, semua salam. tapi malu-malu je semua. yela, al maklumla..berhadapan dengan orang pemalu la kata kan...haha

then, petang sikit ibu ambil kat rumah yah. after thanks to her father, yah hantar ana sampai kat pintu pagar. ibu thanks to her..sebab jaga ana..jaga ke?hehe.stopping story about my adik. i love her!

Over Excited ??

hmm..hari ni ana tak buat apa2 kerja pun time pagi. just sidai kain jer. bukan apa..rasa malas2 sikit.hihi. hmm, ingatkan nak basuh pesona tadi, tapi ayah bawa pula. so, hajat tu terpaksalah dibatalkan. lepas solat subuh kat masjid, ana terus masuk dalam bilik. dah duduk2 baca Dewan Siswa yang baru dibeli semalam, mata pun mulalah terasa ngantuk.

lepas tu, ibu kejutkan dalam pukul 8 setengah. uhh..dah lepas breakfast, ana pun surf la internet. hari ni kerja depan pc je. adus2..

cuti sekolah ni kalau boleh nak pergi masjid tiap2 hari,insyaAllah. lepas balik dari solat maghrib dan isya' ana pun surf la internet lagi. hehe. chatting dengan ex samsmel. tanyala pasal reunion..then, cita pasal macam2 la..

lepas tu, dah nak pukul 11 barulah teringat apa agenda hari ni ( pagi tadi dah ingat tapi sengaja buat2 lupa ). nak buat kek batik! ahh...hari tu buat pekatla sangat..hari ni cair sangatla pulak.adus2. mungkin ada ingredient yang tak ikut kuantiti. mungkin?? hmm, bukan apa, kek batik ni pun untuk munirah a.k.a dek yah. jiran ana yang paling terbaik sepanjang hidup ana. esok yah nak datang. apsal ana rasa excited sangat. kami nak pusing satu putrajaya ni ..bak kata yah, putrajaya pon je bukan sabah sarawak. takkan la boleh sesat..hehe

p/s : kek batik tu kena habis kan jugak walau bagaimana cara sekalipun.

F.R.I.E.N.D.S


emm..hari ni dah akhir sekolah pun. hari yang paling sibuk. hari ni la nak kena edarkan bulletin, ada jamuan untuk sidang redaksi, makan2 kat kelas dan masa ni la masa untuk kita bermaaf-maafan dengan kawan, sahabat serta teman2 kita kalau ada keterlanjuran kata or anything else la...

Special for Raudhahtun Najah

Naimah
> thanks for everything
> ana kagum sangat dengan ketabahan hati yang ada pada anti
> gives me spirit when i was in trouble

Najwa
>
thanks for everything
> ana harap ikatan persahabatan kita berdua akan lebih kukuh

Faarihah
> thanks for everything too
> thanks bagi ana semangat, motivasi
> thanks too sebab selalu ajar ana

Khairun
>
thanks for everything
> sorry kalau sepanjang kita berkawan ana ada buat anti terasa..
> thanks for sharing problems with me

Naza
> thanks for everything too
> ana harap tahun seterusnya kita lebih dapat mengenali antara satu sama lain

Besides of that,

Munirah
> thanks for everything
> thanks for lend your ears for me
> thanks too for calling me..haha

Last Night

malam terakhir berada di sekolah agama menengah sungai merab luar sebagai pelajar tingkatan 4. emm,tahun depan ana dah masuk umur 17 tahun...bermaksud dah masuk tingkatan 5 la...maknanya tahun depan SPM la kan?? wa.....isk3


hmm, malam ni just raikan untuk fasi2 masa tamrin hari tu dan biro2. ok la...semuanya berjalan dengan lancar. makan KFC.. anyway, syukran kathiran ana ucapkan kepada
Ustazah Hanizah for inviting us.

*gambar untuk tatapan semua


* Ustazah Hanizah preparing foods



* from left : naza, khairun, naimah and munirah

I'm Loser

hmm,takde rezeki kot...harini hari akhir kemuncak kokurikulum..hari ni jugak la diumumkan semua pemenang2 untuk semua pertandingan.ana tak datang sekolah hari ni. diaorang balik awal tadi..


hmm,mengikut kata munirah, persatuan puteri islam yang menang..dapat juara tu..huhu. tapi, bukan kumpulan yang diketuai ana. emm, mungkin tak ada rezeki kot. bak kata munirah, yang selalu dipuji tu la yang tak dapat terbaik..it's ok. i accepted it..ana redha jugak. sorry Ya Raudhah, Ustazah Rosmarina and candidates group 1.

Hari Kemucak Kokorikulum

Best than before! tu jela yang mampu ana cakap. even pertandingan dia sikit jer. ada pertandingan bola jaring, memasak dan kawad kaki. Hari Kemucak Kokorikulum ni berlangsung selama dua hari iaitu 10-11 November. Hari isnin pertandingan bola jaring dan memasak . ana masuk dalam pertandingan memasak. hmm, macam tak percaya jer.haha

ana suka tengok pertandingan bola jaring. pertandingan ni berlawan antara kelas. ana suka sebab apa? sebab ada sifat 'semangat' dalam diri pemain terutamanya kelas ana, 4a1. congratez to u all k. kelas ana tak practise tapi alhamdulillah boleh menang. ana sendiri dapat tengok muka2 bersemangat para pemain tu sendiri. tapi, ana tak masuk pon.hehe.

Dalam pukul 1 petang ana dan kawan ana, Ya Raudhah ikut Ustazah Rosmarina prepare kan barang2 untuk memasak ni. pilih mangkuk serta set2 untuk time serve nanti. Setia persatuan ada dua group. dalam Persatuan Puteri Islam, ana jadi group pertama. masak bubur kelantan. tapi, yang sedihnya..setelah berhempas pulas masak2, last2 ana sendiri yang tak dapat makn hasil yang ana buat..bole jadi batu belah batu bertangkup ni..haha

at last, ana dan ketua untuk group kedua serve kan untuk para hakim dalam pertandingan ni. nasib la ana tahu apa ingredient dalam bubur tu. ada daun kesum, daging dan ikan rebus serta ayam. then, ana explain kat para hakim apa yang ada dalam bubur tu. alhamdulillah, good responds from them. mereka berpuas hati sangat2 dengan group kami and they said that our porridge is 'umpphhh..' that so great! alhamdulillah..


Tamrin I'dadul Madrasah a.k.a Last Exam

wa...bestnya! dah habis exam.ringan sikit kepala ni.hihi.( padahal tahun depan spm). last paper sejarah. ok la soalan dia berbanding sebelum2 ni.

Tamrin?? masdar bagi fiil 'marrana'.masuk soraf la pulak. korang tau tamrin tu apa? dia macam motivasi dan latihan jugak la. best jugakla..dan 'lain dari yang lain', yang lain nya kali ni sebab ana jadi fasilitator. wow! biar betul..haha. erm,actually, tamrin ni adalah sebahagian daripada program asrama. Tapi, Ustazah Hanizah minta ana tolong jadi fasi sebab kekurangan orang. ana dan munirah. kami sedia membantu ustazah.

belum lagi masuk tamrin dah macam2 dugaan. dari rumah munirah, ana dan munirah berjalan kaki ke sekolah disebabkan tak ada transport nak menghantar kami. so, tak apa lah..sebab semangat dah ada kan.dalam perjalanan tu pergila lunch dulu. nanti tak ada energy pulak. then, jalan lagi........tiba2 kena kejar dengan seorang pak cik yang 'agak tua' la jugak..apalagi?? berlarilah kami.nasib selamat..alhamdulillah.

Kami pon sampai kat sekolah. fuh..lega rasanya. then, kene masuk Bilik Gerakan Pengawas. Program Tamrin ni sebenarnya di handle oleh para pengawas dan beberapa biro yang terpilih je. tapi ana ni tak tersenarai pon dalam pengawas, biro apatah lagi pelajar asrama. mungkin rezeki ana jadi fasi ( walaupun penat? ). ana minta maaf kalau ada yang terasa ana dapat jadi fasi.sorry k. actually, program ni dirancang oleh Saudara Farzad (ketua umum skola ana). bagusla, sekurang2 nya ada pembaharuan dalam asrama sekolah ni.

Sepanjang program ni berlangsung ana paling tak bole lupakan time muhasabah diri. sebenarnya benda ni tak masuk dalam tentatif pon. tapi, ni pun dirancang oleh ketua umum kami sendiri. alhamdulillah, dalam part ni banyak menyedarkan para pelajar kita ( tak tahula sedar sampai bila ). ada yang mengeluarkan air mata keinsafan..alhamdulillah. for the first time ana jadi pemerhati dalam muhasabah diri ni. sebelum2 ni kalo ana pergi mana2 motivasi ana jadi peserta. then, kene tutup mata dengan something, lepas tu fasi2 akan start 'operasi'. tapi kali ni ana dah jadi fasi. ana dapat tengok macam mana program ni berjalan. ana dapat tengok macam mana reaksi para peserta. tapi dalam semua orang mengalirkan air mata keinsafan ada la hamba Allah yang susah sangat nak keluarkan air mata. mungkin dia tak dapat hidayah untuk yang itu lagi? ana doakan semoga dia dapat hidayah untuk yang itu.

Sepanjang program ni, fasi2 hanya tidur untuk beberapa jam je. Besar juga pengorbanan 'para fasi' dalam sesebuah program ye.Hari ahad bertarikh kan 9 November 2008, perasmian penutupan program Tamrin I'dadul Madrasah ni. Apapun, ana harap program ni dapat menjadi sesuatu yang terbaik buat diri ana. insyaAllah..

Big Playground!

Ha...already finish making agar2. tak tau apa rasa nya. mana tak nya, main sumbat jer bahan dia. hehe.tapi rasa manis sangat kot. dah la letak gula satu cawan setengah then letak lagi susu manis pekat. bantai jela..dalam perut jugak nanti. just 'try and error' kan..

Pagi tadi gi jogging. abang bawak jogging kat cyber. best gak! sbb ada big playground. haha.bukan ana je yang excited main tau! abang,ibu dengan ayah pon sama.hehe.abang main gelongsor tapi tak gelongsor pon badan dia..haha.main buai la..bestnya! time kecil2 dulu tak puas kot. lepas tu jalan la pusing satu taman tu. berjogging sambil bergambar..haha.

Buku? tadi baru masuk sejarah bab 2..hehe.tak sampai pon target.ingatkan hari ni dah boleh masuk chapter 3. adus2..bak kata cikgu ana 'sejarah adalah ubat mujarab untuk tidur'.haha.tahu tak pe..


Warkah Buat Hawa ..

Hawa,
andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH.....

Hawa,
andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau jodohmu. Ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman, maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri..

Hawa,
Lelaki yg baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya..

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan denagn wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya...
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan..

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandangan mu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu dan kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu. Biarlah cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu. Cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu..

Hawa...
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperoleh cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta bahagia selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia juga yang menggoncang iman!

Cinta Dalam Hati..

err.. suspen jela title ni kan? hehe. saje buat gempak.tak de la..tadi baru tengok cerekarama ( buat lupa2 nk study..adus2 )..hmm,tp ending dia tak best langsung. sekarang ni kan cerita2 melayu banyak sangat yang ending nya ntah kemana..ni yang malas nak support cerita negara sendiri.

hmm, esok kena bangun awal2 pagi. nak pegi berjogging.hehe.tapi ingatkan nak stay up..harap2 mata ni tak buat hal..

I Love Islam ...


emm, last week ana try tgk banyak laman web yang agak best..sejak akhir ni ana suka sangat baca pendapat orang ramai..( bagi pendapat tak nak..baca je tau ) hehe.

latest yang ana selalu buka www.iluvislam.com ..best, perfect semua nya..seperfect agama Islam tu sendiri kan..
pasal kesihatan..remaja...dewasa, resipi, n macam2 lg la..hehe.cam promoter lak.

sape yang tak penah try lagi cuba la try buka eh..