wa...bestnya! dah habis exam.ringan sikit kepala ni.hihi.( padahal tahun depan spm). last paper sejarah. ok la soalan dia berbanding sebelum2 ni.
Tamrin?? masdar bagi fiil 'marrana'.masuk soraf la pulak. korang tau tamrin tu apa? dia macam motivasi dan latihan jugak la. best jugakla..dan 'lain dari yang lain', yang lain nya kali ni sebab ana jadi fasilitator. wow! biar betul..haha. erm,actually, tamrin ni adalah sebahagian daripada program asrama. Tapi, Ustazah Hanizah minta ana tolong jadi fasi sebab kekurangan orang. ana dan munirah. kami sedia membantu ustazah.
belum lagi masuk tamrin dah macam2 dugaan. dari rumah munirah, ana dan munirah berjalan kaki ke sekolah disebabkan tak ada transport nak menghantar kami. so, tak apa lah..sebab semangat dah ada kan.dalam perjalanan tu pergila lunch dulu. nanti tak ada energy pulak. then, jalan lagi........tiba2 kena kejar dengan seorang pak cik yang 'agak tua' la jugak..apalagi?? berlarilah kami.nasib selamat..alhamdulillah.
Kami pon sampai kat sekolah. fuh..lega rasanya. then, kene masuk Bilik Gerakan Pengawas. Program Tamrin ni sebenarnya di handle oleh para pengawas dan beberapa biro yang terpilih je. tapi ana ni tak tersenarai pon dalam pengawas, biro apatah lagi pelajar asrama. mungkin rezeki ana jadi fasi ( walaupun penat? ). ana minta maaf kalau ada yang terasa ana dapat jadi fasi.sorry k. actually, program ni dirancang oleh Saudara Farzad (ketua umum skola ana). bagusla, sekurang2 nya ada pembaharuan dalam asrama sekolah ni.
Sepanjang program ni berlangsung ana paling tak bole lupakan time muhasabah diri. sebenarnya benda ni tak masuk dalam tentatif pon. tapi, ni pun dirancang oleh ketua umum kami sendiri. alhamdulillah, dalam part ni banyak menyedarkan para pelajar kita ( tak tahula sedar sampai bila ). ada yang mengeluarkan air mata keinsafan..alhamdulillah. for the first time ana jadi pemerhati dalam muhasabah diri ni. sebelum2 ni kalo ana pergi mana2 motivasi ana jadi peserta. then, kene tutup mata dengan something, lepas tu fasi2 akan start 'operasi'. tapi kali ni ana dah jadi fasi. ana dapat tengok macam mana program ni berjalan. ana dapat tengok macam mana reaksi para peserta. tapi dalam semua orang mengalirkan air mata keinsafan ada la hamba Allah yang susah sangat nak keluarkan air mata. mungkin dia tak dapat hidayah untuk yang itu lagi? ana doakan semoga dia dapat hidayah untuk yang itu.
Sepanjang program ni, fasi2 hanya tidur untuk beberapa jam je. Besar juga pengorbanan 'para fasi' dalam sesebuah program ye.Hari ahad bertarikh kan 9 November 2008, perasmian penutupan program Tamrin I'dadul Madrasah ni. Apapun, ana harap program ni dapat menjadi sesuatu yang terbaik buat diri ana. insyaAllah..
No comments:
Post a Comment