Hawa,
andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH.....
Hawa,
andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau jodohmu. Ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman, maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri..
Hawa,
Lelaki yg baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya..
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan denagn wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya...
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan..
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandangan mu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu dan kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu. Biarlah cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu. Cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu..
Hawa...
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperoleh cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia juga yang menggoncang iman!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
suka sangat baca benda ni..kena dengan my prinsip..hehe.betul tak mun?
Post a Comment