Coretan 2008

hari ni 26 disember : that's mean ana naik sekolah lagi beberapa hari je. tahun 2008 ni banyak mencatatkan kisah suka duka. ada perpisahan, pertemuan, kekecewaan dan kegembiraan. memang hidup selalunya macam tu kan? berwarna warni..kalau hitam putih je..tak ada la serinya kan.

tahun 2009 ni pun banyak benda baru yang berlaku dalam hidup ana. ana akan kembali semula ke asrama. wa... harap-harap semuanya baik-baik saja. sedih kadang-kadang tengok asrama. lalu je depan dorm c mesti teringat kenangan-kenangan masa-masa dulu. malam-malam kami akan buat halaqah, duduk cerita-cerita after solat maghrib. kongsi pengalaman or something pasal isu-isu semasa. kadang-kadang huda (ketua dorm ana) akan bagi tazkirah sendiri. ana respect dengan huda for the sometimes. even sometimes dia nampak sedikit kasar dan garang tapi dia still menjalankan tanggungjawab dia dengan baik.then, bila lalu je depan dorm f mesti teringatkan iffah. rindunya zaman dulu. tiap-tiap kali nak pergi sekolah or makan or solat ; hampir semuanya lah kan..mesti pergi dengan iffah. sekarang ni semua kenangan tu dah disimpan dalam kenangan kami. our sweet memories!

starting from 2005 till 2007 ana stay kat asrama tapi disebabkan atas beberapa perkara ana terpaksa untuk menjadi budak luar for a one year iaitu pada tahun 2008 ni. tapi, ana tahu semuanya ada hikmah disebaliknya. dari situ ana dapat tahu macam mana kehidupan pelajar-pelajar luar.

untuk tahun 2008 ni juga ana belajar erti perpisahan. lepas ni tak ada lagi seseorang yang sentiasa berada di sisi ana, yang memegang tangan ana, yang mendengar luahan isi hati ana, masalah ana. mungkin dah takdir yang tertulis untuk ana. setiap pertemuan tu pasti ada perpisahan. tapi setiap yang pergi tu pasti akan ada yang menjadi pengganti. tahun ni juga ana belajar untuk tidak memilih kawan. berkawan dengan semua orang. tak kira lah baik atau jahat. mungkin sebelum ni ana berkira-kira juga nak kawan dengan orang-orang yang baik sahaja tapi tahun ni ana terpaksa ubah prinsip ana. mungkin ini juga satu hikmah buat ana.

tahun 2008 juga ana dapat lihat orang-orang di sekeliling ana. macam-macam perangai ada. tapi alhamdulillah untuk tahun ni ana pun dapat kawan-kawan yang baru ( actually, lama dah kenal tapi baru nak betul-betul eratkan ukhwah ). even mengambil 'masa' yang agak panjang sedikit untuk kami mengenal hati budi masing-masing but it's worth it.

tahun 2008 ni juga yang menjadi saksi bahawa ana akan melangkau usia 16 tahun. hmm, tak sangka ye..tup2..dah masuk 16 pun. tahun depan masuk 17 pulak. then, akan datang akan jadi seorang mahasisiwi pulak. hmm, insyaAllah. tak lama lagi ana pun boleh la jadi auntie ye.. dapat anak buah.. waa..bestnya! so, untuk kakak-kakak dan abang ana, cepat-cepatlah ye. hehe. tak sabar rasa nya nak belikan dress yang lawa-lawa untuk budak-budak yang comel ni.hehe.


2 comments:

خديجة خليلة said...

sebelum hang nak belikan untuk anak2 sedara hang tu baik belikan utk kami ni sume dlu. keke. thn ni dok asrama tak?

Fatimah Abdul Rashid said...

ahh..korang semua dah besar. buat apa nak beli lagi. lagipun masing2 kan dah kaya. belilah sendiri. nak beli baju yang comel2 jek.hehe