Dari Sahabat Untuk Sahabat

16 November 2007

BUAT SAHABATKU...

FATIMAH BT ABDUL RASHID

Teman...
Dalam mengejar arus kedewasaan ini aku dengan seikhlas hatinya menabur debu segala jenis kasih sayang ke arah jalinan persahabatan ini.

Teman...
Aku mengerti akan hakikat sebenar yang bakal kita lalui stelah hidup kita bakal diterangi cahaya masa depan iaitu hidup sebagai seorang dipertengahan usia tidak lagi pada masa sekarang iaitu zaman remaja. Bukan aku menaruh harapan supaya kita selalu berjumpa, namun hati ini terselit perasaan rindu yang amat mendalam.

Teman...
Sebagaimana baik budimu terhadapku, setinggi gununglah cubaanku untuk meneruskan perjuanganku sebagai sahabatmu yang sentiasa periang dan ceria sewaktu dahulu. Semasa aku mengenalmu inilah kali pertama aku ingin mengucapkan sesuatu yang mungkin berharga bagi dirimu.

Teman...
Jujur aku akui kaulah sahabt yang istimewa walau hakikatnya kau dan aku sering bertegang leher lantaran sikap angkuh yang menguasai diri. Terima kasih ku ucapkan atas segala pengorbanan kasih sayang yang yang engkau berikan. Maafkanlah aku andai selama ini aku sering mengganggu perasaanmu dan membuatkanmu sering dilanda taufan api kemarahanmu.

Teman...
Ingatlah bahawa dalam mengejar arus kehidupan apatah lagi zaman kemewahan kau dan aku pernah digelar sahabat yang paling baik suatu ketika dahulu. Janganlah kau persiakan harapanku ini walaupun ku tahu kau mungkin bakal meninggalkan aku setelah menemui sesuatu yang paling baik berbanding diriku. ku berdoa agar kau sentiasa ceria seterik matahari, sesegar bunga di taman dan semanis senyuman.

Teman...
Betapa pilunya hati menghadapi perpisahan ini pahit manis perjuangan telah kita lalui bersama semoga Allah meredhai persahabatan dan perpisahan ini. Teruskan perjuangan.....



Daripada sahabatmu,
Nur Izatul Izyan bt Ahmad Sanusi

No comments: