emm..kenapa title ni selalu mejadi isu terhangat kat mana-mana media masa kini. tepuk dada tanya lah iman masing-masing.huhu. perkara ni bukan setakat untuk remaja di luar sahaja, tetapi untuk diri ana sendiri juga. Sesungguhnya ana pun hamba Allah yang lemah.
ana bangkitkan isu ni disebabkan beberapa perkara dan keadaan yang ana tak sangka terjadi di depan mata ana...even dalam alam maya ni sendiri.hmm, ana sedih sangat dengan remaja zaman sekarang. kenapa ya? ada yang menghisap rokok, shisha ( i don't know about this) or anything else la. then, buat maksiat, yang bertudung masing-masing dah berani tunjuk aurat. kenapa?? antum tak selesa ke dengan pemakaian yang menutupi antum semua. ana tak hairan kenapa remaja zaman sekarang yang di luar bertambah teruk. pelajar yang mendapat pendidikan agama pun kadang-kadang 'terleka' sedangkan lagi pelajar yang kurang mendapat pendidikan agama.
hmm, wallahua'lam. tapi ana tak salahkan mereka seratus peratus, mungkin itulah dugaannya kan..tapi ana harap antum boleh bermuhasabah kembali.
actually, semuanya kembali kepada diri kita semula. kita yang perlu mengubah segala-galanya.
'Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka ubah diri mereka sendiri.'
ana percaya antum semua mampu mengubah diri antum sendiri. yang penting hati antum sendiri. Hati adalah penentu utama bagi menjamin keselamatan diri kita kerana hati penggerak bagi semua aktiviti badan kita. Maka perlulah diketahui apakah halnya tentang hati ini kerana apabila hati menjadi sakit, maka sakit seluruh badan dan jika hati menjadi mati, bermakna berakhirlah kenikmatan dan kelazatan hidup.Hati yang dimaksudkan di sini bukanlah hati yang zahir yang mana merupakan seketul daging di dlam badan manusia, tetapi hati batin manusia.
setiap kesalahan mahupun dosa yang kita lakukan akan timbulkan titik hitam. mesti antum selalu dengarkan kat mana-mana motivasi, kita dilahirkan ibarat sehelai kain putih. semakin usia kita meningkat titik hitam akan mula memenuhi sehelai kain putih tersebut lama kelamaan hati yang bersih tadi menjadi hati yang kotor.
Hati yang kotor pula perlulah dibersihkan dengan cara bertaubat ( taubat nasuha ). Setelah dicuci dengan taubat nasuha, barulah hati ini boleh dididik agar menjadi hati yang bercahaya. setelah hati yang kotor tadi dibersihkan, hati ini hendaklah dilatih agar menjadi hati yang bercahaya. Dan ketahuilah, hanya Allah sahaja yang boleh memberikan cahaya pada hati. Oleh itu, berbekalkan keimanan dan keyakinan yang kuat, pohonlah dengan Allah agar mengurniakan "nur" di dalam hati. Semoga hati yang kotor menjadi bersih. Hati yang sakit menjadi sembuh. Hati yang mati menjadi hidup dan hati yang keras menjadi lembut. Firman Allah :
"dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia kami hidupkan dan kami berikan padanya cahaya yang terang dan dengan cahaya itu dia dapat berjalan ditengah-tengah masyarakat manusia serupa dengan keadaannya orang-orang yang berada di dalam keadaan gelap gelita yang sekali kali tidak dapat keluar daripadanya? demikianlah kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan."
wallahua'lam..yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri ana sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment