New Experienced !

wa...lama nya tak update blog ni. rindu nya.

two weeks ago, ana stay kat rumah sepupu kat perak. dua minggu tu! tapi alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. even berjauhan dengan family kan..isk3. eh, tapi kan kat sana tak ada pon rasa nak sedih-sedih. actually, keluarga ana pergi berjalan-jalan, mengambil angin di indonesia, so ana ditransferkan kat perak. petang hari raya aidiladha tu terus pergi perak hantar ana. then, esoknya mereka balik pula. nak siap-siapkan barang.

huh...best apa duduk sana. belajar masak, belajar muzik, belajar akademik..ahh, kiranya semua seimbanglah. good for healthy.haha. tak lupa jugak kitaorang mandi pantai. even dalam malaysia pun kan...janji bahagia.huhu. banyak jugak berjalan..tapi dalam berjalan-jalan sepupu ana pun selalu ingatkan untuk study. main-main juga, study tu.. next year nak spm dah. ish... kat sana study add math, science dengan akaun je.

18 Disember ana balik semula kat kajang. naik bas? wa..hebatnya! bukan apa...tak pernah-pernah naik bas. berani juga kan? hehe. duduk sebelah chinese girl.huh....baru ingat kalau sebelah tu melayu boleh la ajak bual-bual. tapi baru beberapa minit dalam bas masing-masing dah tutup muka nak tidur. ish2.. sakit juga belakang badan ni akibat daripada naik bas yang tak seberapa best ni. haha. nasib baik perak-kajang tak jauh. it's only 3 hours.kak azah ambil ana dekat stesyen bas. ingatkan terus hantar balik rumah tapi dia ajak stay rumah dia dulu. emm, tak kisah pon. main jela dengan budak-budak tu (dah la tak reti nak layan budak) ..terpaksa lah jadi macam kanak-kanak ribena sekejap. main dam ular la.. tic tac toe.. hehe. tapi kan best apa..

then, malam tu ana dengan kakak pergi ambil my parents kat LCCT. scary la tempat tu. emm, rasa macam dah tak nak datang situ dah. eee.. lama jugak menunggu. sejam setengah jugak la..then, bila mereka dah sampai ana terus salam dengan parents ana. rindulah jugak..dua minggu tak jumpa. bawa beg besar-besar. apala yang dishoppingkan tu.

sampai rumah nak dekat pukul 12. then, kitaorang pun tengoklah barang-barang yang dah dibeli. banyak jugak ehh. ana rasa macam ana je paling banyak. haha. mana taknya, time mereka kat sana, ana paling banyak mesej. hehe. kira-kira balik ada lah dalam 15 item ana dapat.huhu

1 comment:

خديجة خليلة said...

wah2, adikku dh pandai naik bas. keke. boleh gi Morocco ni. huhu. bnyk nye buah tangan hang dpt. ni tak aci!