hmm..semalam ada something yang menimpa kakak ana. terkejut jugak, tapi alhamdulillah, kakak ana ni tabah.. kan ala? hehe. bila dengar macam tu jadi takut pulak. mak ana lagi lah..tak bagi dah sambung master kat sana, suruh cepat-cepat balik.hehe. lawak betul. tapi, sebenarnya kat mana-mana pun boleh terjadi benda tu kan..mungkin tu pengalaman nak mematangkan diri kita walaupun kita rasa diri kita dah cukup matang. haha. apapun, pengalaman sebenarnya mengajar kita untuk menjadi kuat dan tabah menghadapi liku-liku kehidupan. waa...sastera nya.
semalam duduk kemas-kemas buku nak naik sekolah nanti. banyak jugak..dengan buku rujukan la, buku teks, segala jenis fail, kamus, buku tulis...macam-macam la. banyak juga. semalam result pmr keluar, alhamdulillah 5 orang pelajar sekolah ana dapat 9a. tapi tahun ni sekolah agama menengah bandar baru salak tinggi dapat kalahkan sekolah kami. hmm, mungkin ada hikmah kan..
minggu ni memang minggu yang kurang bernasib baik. kakak kena alergic then ala pula terjadi seseuatu yang mengejutkan ( tak dapat nak diberitahu setakat ini ) and abang pula demam-demam. adus..alhamdulillah ana tak kena apa-apa lagi. kalau tak pening kepala mak ana nak memikirkan masalah kami.
semalam ajar mak ana buat blog, turunkan ilmu yang tak seberapa ni..ana dengan kakak ana gelak-gelak je tengok blog mak ana, jahatnya kami ni..hehe.tapi mak ana kata dia lebih senang letak gambar banyak-banyak. malas nak memikirkan ayat untuk ditulis kot.tak kisahla macam mana pun.asalkan blog jadi menarik dan berisi. plan hari ni? hari ni mungkin nak beli apa-apa yang masih belum dibeli kot. excited ke eh nak naik sekolah ni? tahun ni macam dah ter'over' la pulak. haha.
ha..lupa pulak nak kongsi satu pengalaman. cuti ni ana ada tengok satu cerita jepun ni. alhamdulillah, cerita tu sedikit sebanyak memberi kesan dalam hidup ana supaya lebih menghargai diri sendiri. 'one litre of tears'.. cerita ni dah lama sikit, ketinggalan zaman la..hehe. it's about 'Aya' have diagnosed with a diseased that called SpinocerebellarAtrophy/Degeneration when she was 15 years old, and was able to continue her life until her death at the age of 25 years old.
actually, cerita ni based of the truth story.The plot is based on the true story of a Japanese girl named Kito Aya, who had the same disease. She kept writing in her diary to remember her experiences until she could no longer hold a pen. Aya simply wished to live until the end of her life, and the purpose of writing in the diary was to remind herself to not give up.. Her diary “1 Litre of Tears” was published after her death, because of its inspiring and courageous message of
“Just being alive is such a lovely and wonderful thing.”
2 comments:
Ala tabah ke? Huhu,kena tabah,kuat dan gembira supaya semua orang gembira! =)
Blog ibu tu mah masukkan shout box. Senang kt nak komen kat blog ibu. hehe.
tabah la jugak. semalam siap bole gelak2 lagi. huhu. ;)
Post a Comment