Something Meaning In My Life !

alhamdulillah..dah masuk 1430 hijriah dan esok akan melangkah tahun 2009 pulak. azam tahun lepas tercapai tak? hehe. ahh..target time cuti sekolah ni tak tercapai la semuanya. huhu. 2 hb ni ada pendaftaran untuk pelajar luar dan pelajar asrama. dan boleh beli barang-barang kelengkapan untuk sekolah sekali kott. dan 4 hb pulak pendaftaran asrama. hmm, tak sangka kan sekejap je masa berlalu..tup2, dah form 5 pun.

hmm..semalam ada something yang menimpa kakak ana. terkejut jugak, tapi alhamdulillah, kakak ana ni tabah.. kan ala? hehe. bila dengar macam tu jadi takut pulak. mak ana lagi lah..tak bagi dah sambung master kat sana, suruh cepat-cepat balik.hehe. lawak betul. tapi, sebenarnya kat mana-mana pun boleh terjadi benda tu kan..mungkin tu pengalaman nak mematangkan diri kita walaupun kita rasa diri kita dah cukup matang. haha. apapun, pengalaman sebenarnya mengajar kita untuk menjadi kuat dan tabah menghadapi liku-liku kehidupan. waa...sastera nya.

semalam duduk kemas-kemas buku nak naik sekolah nanti. banyak jugak..dengan buku rujukan la, buku teks, segala jenis fail, kamus, buku tulis...macam-macam la. banyak juga. semalam result pmr keluar, alhamdulillah 5 orang pelajar sekolah ana dapat 9a. tapi tahun ni sekolah agama menengah bandar baru salak tinggi dapat kalahkan sekolah kami. hmm, mungkin ada hikmah kan..

minggu ni memang minggu yang kurang bernasib baik. kakak kena alergic then ala pula terjadi seseuatu yang mengejutkan ( tak dapat nak diberitahu setakat ini ) and abang pula demam-demam. adus..alhamdulillah ana tak kena apa-apa lagi. kalau tak pening kepala mak ana nak memikirkan masalah kami.

semalam ajar mak ana buat blog, turunkan ilmu yang tak seberapa ni..ana dengan kakak ana gelak-gelak je tengok blog mak ana, jahatnya kami ni..hehe.tapi mak ana kata dia lebih senang letak gambar banyak-banyak. malas nak memikirkan ayat untuk ditulis kot.tak kisahla macam mana pun.asalkan blog jadi menarik dan berisi. plan hari ni? hari ni mungkin nak beli apa-apa yang masih belum dibeli kot. excited ke eh nak naik sekolah ni? tahun ni macam dah ter'over' la pulak. haha.

ha..lupa pulak nak kongsi satu pengalaman. cuti ni ana ada tengok satu cerita jepun ni. alhamdulillah, cerita tu sedikit sebanyak memberi kesan dalam hidup ana supaya lebih menghargai diri sendiri. 'one litre of tears'.. cerita ni dah lama sikit, ketinggalan zaman la..hehe. it's about 'Aya' have diagnosed with a diseased that called SpinocerebellarAtrophy/Degeneration when she was 15 years old, and was able to continue her life until her death at the age of 25 years old.

actually, cerita ni based of the truth story.The plot is based on the true story of a Japanese girl named Kito Aya, who had the same disease. She kept writing in her diary to remember her experiences until she could no longer hold a pen. Aya simply wished to live until the end of her life, and the purpose of writing in the diary was to remind herself to not give up.. Her diary “1 Litre of Tears” was published after her death, because of its inspiring and courageous message of

“Just being alive is such a lovely and wonderful thing.”


Coretan 2008

hari ni 26 disember : that's mean ana naik sekolah lagi beberapa hari je. tahun 2008 ni banyak mencatatkan kisah suka duka. ada perpisahan, pertemuan, kekecewaan dan kegembiraan. memang hidup selalunya macam tu kan? berwarna warni..kalau hitam putih je..tak ada la serinya kan.

tahun 2009 ni pun banyak benda baru yang berlaku dalam hidup ana. ana akan kembali semula ke asrama. wa... harap-harap semuanya baik-baik saja. sedih kadang-kadang tengok asrama. lalu je depan dorm c mesti teringat kenangan-kenangan masa-masa dulu. malam-malam kami akan buat halaqah, duduk cerita-cerita after solat maghrib. kongsi pengalaman or something pasal isu-isu semasa. kadang-kadang huda (ketua dorm ana) akan bagi tazkirah sendiri. ana respect dengan huda for the sometimes. even sometimes dia nampak sedikit kasar dan garang tapi dia still menjalankan tanggungjawab dia dengan baik.then, bila lalu je depan dorm f mesti teringatkan iffah. rindunya zaman dulu. tiap-tiap kali nak pergi sekolah or makan or solat ; hampir semuanya lah kan..mesti pergi dengan iffah. sekarang ni semua kenangan tu dah disimpan dalam kenangan kami. our sweet memories!

starting from 2005 till 2007 ana stay kat asrama tapi disebabkan atas beberapa perkara ana terpaksa untuk menjadi budak luar for a one year iaitu pada tahun 2008 ni. tapi, ana tahu semuanya ada hikmah disebaliknya. dari situ ana dapat tahu macam mana kehidupan pelajar-pelajar luar.

untuk tahun 2008 ni juga ana belajar erti perpisahan. lepas ni tak ada lagi seseorang yang sentiasa berada di sisi ana, yang memegang tangan ana, yang mendengar luahan isi hati ana, masalah ana. mungkin dah takdir yang tertulis untuk ana. setiap pertemuan tu pasti ada perpisahan. tapi setiap yang pergi tu pasti akan ada yang menjadi pengganti. tahun ni juga ana belajar untuk tidak memilih kawan. berkawan dengan semua orang. tak kira lah baik atau jahat. mungkin sebelum ni ana berkira-kira juga nak kawan dengan orang-orang yang baik sahaja tapi tahun ni ana terpaksa ubah prinsip ana. mungkin ini juga satu hikmah buat ana.

tahun 2008 juga ana dapat lihat orang-orang di sekeliling ana. macam-macam perangai ada. tapi alhamdulillah untuk tahun ni ana pun dapat kawan-kawan yang baru ( actually, lama dah kenal tapi baru nak betul-betul eratkan ukhwah ). even mengambil 'masa' yang agak panjang sedikit untuk kami mengenal hati budi masing-masing but it's worth it.

tahun 2008 ni juga yang menjadi saksi bahawa ana akan melangkau usia 16 tahun. hmm, tak sangka ye..tup2..dah masuk 16 pun. tahun depan masuk 17 pulak. then, akan datang akan jadi seorang mahasisiwi pulak. hmm, insyaAllah. tak lama lagi ana pun boleh la jadi auntie ye.. dapat anak buah.. waa..bestnya! so, untuk kakak-kakak dan abang ana, cepat-cepatlah ye. hehe. tak sabar rasa nya nak belikan dress yang lawa-lawa untuk budak-budak yang comel ni.hehe.


Only Human ...

I love this song. It’s from the japanese drama “One litre of tears.” When i first heard it i felt sad but when you actually think of it in a different way and actually read the translated lyrics it actually made me feel quite good inside. So here are the lyrics in romanji and translated. Please listen and read. It is actually a lovely song!


from : One Litre of Tears..



Romanji

Kanashimi no mukou kishi ni
Hohoemi ga aru toiu yo

Kanashimi no mukou kishi ni
Hohoemi ga aru to iu yo
Tadori tsuku sono saki ni wa
Nani ga bokura wo matteru?

Nigeru tame ja naku yume ou tame ni
Tabi ni deta hazusa tooi natsu no ano hi

Ashita sae mieta nara tame iki mo nai kedo
Nagare ni sakarau fune no you ni
Ima wa mae he susume

Kurushimi no tsukita basho ni
Shiawase ga matsu toiu yo
Boku wa mada sagashite iru
Kisetsu hazure no himawari

Kobushi nigirishime asahi wo mateba
Akai tsume ato ni namida kirari ochiru

Kodoku ni mo nareta nara
Tsuki akari tayori ni
Hane naki tsubasa de tobi tatou
Motto mae he susume

Amagumo ga kireta nara
Nureta michi kagayaku
Yami dake ga oshiete kureru
Tsuyoi tsuyoi hikari
Tsuyoku mae he susume



Translated
On the opposite coast of sadness
is something called a smile

On the opposite coast of sadness
is something called a smile
But before we can go there,
is there something we’re waiting for?

In order to chase our dreams, we can’t have a reason to run away
We’ve got to go, to that far away summer’s day

If we find it tomorrow, we can’t sigh
Because like a boat that opposes the stream
we have to walk straight on

In a place worn down by sadness
something called a miracle, is waiting
Yet we are still searching
for the sunflower that grows at the end of spring

The warrior who awaits the morning light
before he can clasp it with red nails, his tears glitter and fall

Even if we’ve grown used to loneliness
only relying on the light of the moon
We have to fly away with featherless wing
just go foward, just a little further

As the rainclouds break
the wet streets sparkling
Although it brings only darkness
A powerful, powerful light
helps push us to walk on

Satu Persoalan..

hari ni dah masuk 22 disember.. again ana ditinggalkan. cuma yang beza nya ana ditinggalkan di rumah je, tinggal dengan kakak. tapi kena masak sendiri, duduk rumah sorang-sorang. adus..ibu dengan ayah pergi sabahla pulak.
tapi ibu kata kali ni punya travel relax-relax saja.haha.

tengah suf-surf internet duk fikir-fikir..nak masak apa eh hari ni? no idea la... ayam kott. alah, sedap tak sedap lain cerita. tekak sendiri juga nak telan..hehe. esok nak pergi mana eh?

emm, ada satu persoalan ni...i've been thinking about this for a long-long time!

sebenarnya kan, boleh ke seseorang muslim tu menonton wayang eh? hmm, macam-macam pendapat ana dengar. ada yang kata depend pada niat and ada pula yang kata depend pada movies yang kita nak tengok tu. ada pula yang kata memang boleh tengok tapi benda tu macam dah menghampiri zina. ahh,pening betul. senang-senang tak payahla tengok. lagipun kita ni pun still student lagi kan.. tapi benda ni masih lagi dalam fikiran ana. cuma nak dapatkan satu jawapan dan kepastian. boleh ke eh?

New Experienced !

wa...lama nya tak update blog ni. rindu nya.

two weeks ago, ana stay kat rumah sepupu kat perak. dua minggu tu! tapi alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. even berjauhan dengan family kan..isk3. eh, tapi kan kat sana tak ada pon rasa nak sedih-sedih. actually, keluarga ana pergi berjalan-jalan, mengambil angin di indonesia, so ana ditransferkan kat perak. petang hari raya aidiladha tu terus pergi perak hantar ana. then, esoknya mereka balik pula. nak siap-siapkan barang.

huh...best apa duduk sana. belajar masak, belajar muzik, belajar akademik..ahh, kiranya semua seimbanglah. good for healthy.haha. tak lupa jugak kitaorang mandi pantai. even dalam malaysia pun kan...janji bahagia.huhu. banyak jugak berjalan..tapi dalam berjalan-jalan sepupu ana pun selalu ingatkan untuk study. main-main juga, study tu.. next year nak spm dah. ish... kat sana study add math, science dengan akaun je.

18 Disember ana balik semula kat kajang. naik bas? wa..hebatnya! bukan apa...tak pernah-pernah naik bas. berani juga kan? hehe. duduk sebelah chinese girl.huh....baru ingat kalau sebelah tu melayu boleh la ajak bual-bual. tapi baru beberapa minit dalam bas masing-masing dah tutup muka nak tidur. ish2.. sakit juga belakang badan ni akibat daripada naik bas yang tak seberapa best ni. haha. nasib baik perak-kajang tak jauh. it's only 3 hours.kak azah ambil ana dekat stesyen bas. ingatkan terus hantar balik rumah tapi dia ajak stay rumah dia dulu. emm, tak kisah pon. main jela dengan budak-budak tu (dah la tak reti nak layan budak) ..terpaksa lah jadi macam kanak-kanak ribena sekejap. main dam ular la.. tic tac toe.. hehe. tapi kan best apa..

then, malam tu ana dengan kakak pergi ambil my parents kat LCCT. scary la tempat tu. emm, rasa macam dah tak nak datang situ dah. eee.. lama jugak menunggu. sejam setengah jugak la..then, bila mereka dah sampai ana terus salam dengan parents ana. rindulah jugak..dua minggu tak jumpa. bawa beg besar-besar. apala yang dishoppingkan tu.

sampai rumah nak dekat pukul 12. then, kitaorang pun tengoklah barang-barang yang dah dibeli. banyak jugak ehh. ana rasa macam ana je paling banyak. haha. mana taknya, time mereka kat sana, ana paling banyak mesej. hehe. kira-kira balik ada lah dalam 15 item ana dapat.huhu

Menghitung Hari...

hehe.sekarang ni tengah duduk fikir nak pergi mana la time ibu dengan ayah gi melancong kat Indonesia nanti.huhu.
antara Johor, Perak atau Melaka? tak pun kalau nak bangi pun boleh..haha. tak apa la..pergi mana-mana pun sama je.

Semalam pergi kajang. fuhh..menempuh kesibukan bandar kajang tu. menempuh maut juga tu. tapi, nak buat macam mana? kat situ macam-macam benda ada. tapi nasib baiklah pergi awal jugak, so time tu orang tak ada sangat. jalan pun lengang la jugak.

Mula-mula pergi kedai buku Cziplee. Cari buku reference yang ok-ok sket. pening jugak kepala nak pilih. banyak pilihan. tapi tu pun ada jugak buku yang stok dia dah habis. then, turun level bawah sibuklah pulak nak pilih stationary. ingat lagi time kecil-kecil dulu, selain suka kumpul 'paper doll', ana suka kumpul stationary, especially mechanical pencil. memang macam-macam jenis ana kumpul. dari semahal-mahal harga hinggalah sekureng-kurengnya. kira time tu tengah zaman gila 'pensil tekan' la..hehe


Then, pergi kedai Ali Store. nak beli baju PRS. kat situ banyak sikit choice colour baju yang nak pilih. yela...asyik tersalah warna je untuk baju PRS ni. huhu.

Hasilnya :
dapat..

> baju uniform PRS
> scarf ; dua putih satu hitam
> reference book additional math
> exercise book for account
> buku kertas peperiksaan sebenar Akaun
> a packet of eraser
> sebatang pembaris
> pembalut buku
> wrapper

and the important thing is..
i got

one mechanical pencil
pink colour.haha

Harga Sebuah Iman

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Dari Sahabat Untuk Sahabat

16 November 2007

BUAT SAHABATKU...

FATIMAH BT ABDUL RASHID

Teman...
Dalam mengejar arus kedewasaan ini aku dengan seikhlas hatinya menabur debu segala jenis kasih sayang ke arah jalinan persahabatan ini.

Teman...
Aku mengerti akan hakikat sebenar yang bakal kita lalui stelah hidup kita bakal diterangi cahaya masa depan iaitu hidup sebagai seorang dipertengahan usia tidak lagi pada masa sekarang iaitu zaman remaja. Bukan aku menaruh harapan supaya kita selalu berjumpa, namun hati ini terselit perasaan rindu yang amat mendalam.

Teman...
Sebagaimana baik budimu terhadapku, setinggi gununglah cubaanku untuk meneruskan perjuanganku sebagai sahabatmu yang sentiasa periang dan ceria sewaktu dahulu. Semasa aku mengenalmu inilah kali pertama aku ingin mengucapkan sesuatu yang mungkin berharga bagi dirimu.

Teman...
Jujur aku akui kaulah sahabt yang istimewa walau hakikatnya kau dan aku sering bertegang leher lantaran sikap angkuh yang menguasai diri. Terima kasih ku ucapkan atas segala pengorbanan kasih sayang yang yang engkau berikan. Maafkanlah aku andai selama ini aku sering mengganggu perasaanmu dan membuatkanmu sering dilanda taufan api kemarahanmu.

Teman...
Ingatlah bahawa dalam mengejar arus kehidupan apatah lagi zaman kemewahan kau dan aku pernah digelar sahabat yang paling baik suatu ketika dahulu. Janganlah kau persiakan harapanku ini walaupun ku tahu kau mungkin bakal meninggalkan aku setelah menemui sesuatu yang paling baik berbanding diriku. ku berdoa agar kau sentiasa ceria seterik matahari, sesegar bunga di taman dan semanis senyuman.

Teman...
Betapa pilunya hati menghadapi perpisahan ini pahit manis perjuangan telah kita lalui bersama semoga Allah meredhai persahabatan dan perpisahan ini. Teruskan perjuangan.....



Daripada sahabatmu,
Nur Izatul Izyan bt Ahmad Sanusi

Remaja Sekarang ..

emm..kenapa title ni selalu mejadi isu terhangat kat mana-mana media masa kini. tepuk dada tanya lah iman masing-masing.huhu. perkara ni bukan setakat untuk remaja di luar sahaja, tetapi untuk diri ana sendiri juga. Sesungguhnya ana pun hamba Allah yang lemah.

ana bangkitkan isu ni disebabkan beberapa perkara dan keadaan yang ana tak sangka terjadi di depan mata ana...even dalam alam maya ni sendiri.hmm, ana sedih sangat dengan remaja zaman sekarang. kenapa ya? ada yang menghisap rokok, shisha ( i don't know about this) or anything else la. then, buat maksiat, yang bertudung masing-masing dah berani tunjuk aurat. kenapa?? antum tak selesa ke dengan pemakaian yang menutupi antum semua. ana tak hairan kenapa remaja zaman sekarang yang di luar bertambah teruk. pelajar yang mendapat pendidikan agama pun kadang-kadang 'terleka' sedangkan lagi pelajar yang kurang mendapat pendidikan agama.
hmm, wallahua'lam. tapi ana tak salahkan mereka seratus peratus, mungkin itulah dugaannya kan..tapi ana harap antum boleh bermuhasabah kembali.

actually, semuanya kembali kepada diri kita semula. kita yang perlu mengubah segala-galanya.

'Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka ubah diri mereka sendiri.'

ana percaya antum semua mampu mengubah diri antum sendiri. yang penting hati antum sendiri.
Hati adalah penentu utama bagi menjamin keselamatan diri kita kerana hati penggerak bagi semua aktiviti badan kita. Maka perlulah diketahui apakah halnya tentang hati ini kerana apabila hati menjadi sakit, maka sakit seluruh badan dan jika hati menjadi mati, bermakna berakhirlah kenikmatan dan kelazatan hidup.Hati yang dimaksudkan di sini bukanlah hati yang zahir yang mana merupakan seketul daging di dlam badan manusia, tetapi hati batin manusia.

setiap kesalahan mahupun dosa yang kita lakukan akan timbulkan titik hitam. mesti antum selalu dengarkan kat mana-mana motivasi, kita dilahirkan ibarat sehelai kain putih. semakin usia kita meningkat titik hitam akan mula memenuhi sehelai kain putih tersebut
lama kelamaan hati yang bersih tadi menjadi hati yang kotor.

Hati yang kotor pula perlulah dibersihkan dengan cara bertaubat ( taubat nasuha ).
Setelah dicuci dengan taubat nasuha, barulah hati ini boleh dididik agar menjadi hati yang bercahaya. setelah hati yang kotor tadi dibersihkan, hati ini hendaklah dilatih agar menjadi hati yang bercahaya. Dan ketahuilah, hanya Allah sahaja yang boleh memberikan cahaya pada hati. Oleh itu, berbekalkan keimanan dan keyakinan yang kuat, pohonlah dengan Allah agar mengurniakan "nur" di dalam hati. Semoga hati yang kotor menjadi bersih. Hati yang sakit menjadi sembuh. Hati yang mati menjadi hidup dan hati yang keras menjadi lembut. Firman Allah :

"dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia kami hidupkan dan kami berikan padanya cahaya yang terang dan dengan cahaya itu dia dapat berjalan ditengah-tengah masyarakat manusia serupa dengan keadaannya orang-orang yang berada di dalam keadaan gelap gelita yang sekali kali tidak dapat keluar daripadanya? demikianlah kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan."


wallahua'lam..yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri ana sendiri.

Minggu Memenatkan!

uhh...penat nya la minggu ni. start hari isni ana mula kemas2 rumah. al maklumla, 'anak mithali'! hehe. tak ada la..minggu ni kan dek yah tu nak datang. so, mula la berkemas-kemas.

sampai-sampai je dia kat rumah ana, ana pun terus keluar. sambut dia. tiba-tiba ada pula ayah dia. fuhh..tak ada idea pula nak cakap apa. lepas tu main taram je la..tanya ayah dia ' pak cik, ni boleh tinggal berapa hari ni' ? terkejut agaknya pak cik tu dengan soalan ana. muka berkerut-kerut. lepas dia tu dia tanya dengan yah, nak duduk berapa bulan. haha. lawak la pulak pak cik ni. ana pun senyum jer.

then, kami terus masuk rumah. my adis's wearing pink shirt. cantik dia sekarang..dah jadi perempuan melayu terakhir la..hehe.lepas hidang-hidangkan air sejuk kat dia, ana pun bersiap-siap la nak keluar jalan-jalan.

after ibu sent us to tuut... kami pun berjalan la..makan je dua kali.huh... habiskan duit kat tempat makan jer.. berjalan la sampai malam kat situ..malam tu, kami tidur sama-sama. mata ana dah mengantuk tapi yah macam ajak berbual je..never mind la..banyak benda yang nak diceritakan. pukul 2.30 pm baru la terlelap.

for tomorrow, kami just cuci-cuci mata je. yah je beli seluar. kena dengan ana, memang la 'jimat sangat'. haha. terpaksa dia cari yang paling murah. tapi nasib baik la yah ni jenis tak tengok sangat brand. dia tak kisah brand apa, asalkan benda tu cantik dan selesa untuk dipakai.

next day, kami just berjalan di taman area putrajaya ( banyak kan taman dia...mana satu eh? ).. breakfast kat situ sambil ambil udara segar. then, ibu took us from there.

hari ni yah dah nak balik...sedih jugak. mana tak nya, masa zaman kecil-kecil dulu. everyday, everytime kami bersama. kadang abah yah snediri yang terpaksa panggil anak dia balik rumah. hehe. lawak kan? tapi bestnya zaman dulu kan? tiba-tiba yah ajak ana datang rumah dia. spend kat rumah dia dalam sehari pun jadi la. so, i just minta my mom's permission. she's agree! yeah..alhamdulillah.

so, i spend one night at there. main dengan ajiq. best nya. before dia tidur, dia salam ana and smiling to me. hehe..
em, malam tu pula ana tak boleh nak tidur. kesian yah. kena temankan ana. last-last kami buka photo album yang dah lama-lama tu. macam-macam gambar la. time wedding parents dia, then gambar time kami kecil-kecil dulu
. rindunya zaman tu. dah lepas buka album-album lama ni, terkeluarlah cerita-cerita zaman-zaman dulu.
lawak jugak eh..kami pun tertawa bila teringat balik kisah zaman kecil dulu.

esoknya, yah bawa ana makan abc kat area taman perumahan dia, tapi jauh jugak. exercise sikit..hihi. then, she asked me to invited her friends to join us.emm, mula-mula memang la tak setuju. takut gak. tak biasa la...tapi, nak buat camne...dia kata dia rindu sangat kat kawan-kawan dia.sampai je kawan-kawan dia, semua salam. tapi malu-malu je semua. yela, al maklumla..berhadapan dengan orang pemalu la kata kan...haha

then, petang sikit ibu ambil kat rumah yah. after thanks to her father, yah hantar ana sampai kat pintu pagar. ibu thanks to her..sebab jaga ana..jaga ke?hehe.stopping story about my adik. i love her!

Over Excited ??

hmm..hari ni ana tak buat apa2 kerja pun time pagi. just sidai kain jer. bukan apa..rasa malas2 sikit.hihi. hmm, ingatkan nak basuh pesona tadi, tapi ayah bawa pula. so, hajat tu terpaksalah dibatalkan. lepas solat subuh kat masjid, ana terus masuk dalam bilik. dah duduk2 baca Dewan Siswa yang baru dibeli semalam, mata pun mulalah terasa ngantuk.

lepas tu, ibu kejutkan dalam pukul 8 setengah. uhh..dah lepas breakfast, ana pun surf la internet. hari ni kerja depan pc je. adus2..

cuti sekolah ni kalau boleh nak pergi masjid tiap2 hari,insyaAllah. lepas balik dari solat maghrib dan isya' ana pun surf la internet lagi. hehe. chatting dengan ex samsmel. tanyala pasal reunion..then, cita pasal macam2 la..

lepas tu, dah nak pukul 11 barulah teringat apa agenda hari ni ( pagi tadi dah ingat tapi sengaja buat2 lupa ). nak buat kek batik! ahh...hari tu buat pekatla sangat..hari ni cair sangatla pulak.adus2. mungkin ada ingredient yang tak ikut kuantiti. mungkin?? hmm, bukan apa, kek batik ni pun untuk munirah a.k.a dek yah. jiran ana yang paling terbaik sepanjang hidup ana. esok yah nak datang. apsal ana rasa excited sangat. kami nak pusing satu putrajaya ni ..bak kata yah, putrajaya pon je bukan sabah sarawak. takkan la boleh sesat..hehe

p/s : kek batik tu kena habis kan jugak walau bagaimana cara sekalipun.

F.R.I.E.N.D.S


emm..hari ni dah akhir sekolah pun. hari yang paling sibuk. hari ni la nak kena edarkan bulletin, ada jamuan untuk sidang redaksi, makan2 kat kelas dan masa ni la masa untuk kita bermaaf-maafan dengan kawan, sahabat serta teman2 kita kalau ada keterlanjuran kata or anything else la...

Special for Raudhahtun Najah

Naimah
> thanks for everything
> ana kagum sangat dengan ketabahan hati yang ada pada anti
> gives me spirit when i was in trouble

Najwa
>
thanks for everything
> ana harap ikatan persahabatan kita berdua akan lebih kukuh

Faarihah
> thanks for everything too
> thanks bagi ana semangat, motivasi
> thanks too sebab selalu ajar ana

Khairun
>
thanks for everything
> sorry kalau sepanjang kita berkawan ana ada buat anti terasa..
> thanks for sharing problems with me

Naza
> thanks for everything too
> ana harap tahun seterusnya kita lebih dapat mengenali antara satu sama lain

Besides of that,

Munirah
> thanks for everything
> thanks for lend your ears for me
> thanks too for calling me..haha

Last Night

malam terakhir berada di sekolah agama menengah sungai merab luar sebagai pelajar tingkatan 4. emm,tahun depan ana dah masuk umur 17 tahun...bermaksud dah masuk tingkatan 5 la...maknanya tahun depan SPM la kan?? wa.....isk3


hmm, malam ni just raikan untuk fasi2 masa tamrin hari tu dan biro2. ok la...semuanya berjalan dengan lancar. makan KFC.. anyway, syukran kathiran ana ucapkan kepada
Ustazah Hanizah for inviting us.

*gambar untuk tatapan semua


* Ustazah Hanizah preparing foods



* from left : naza, khairun, naimah and munirah

I'm Loser

hmm,takde rezeki kot...harini hari akhir kemuncak kokurikulum..hari ni jugak la diumumkan semua pemenang2 untuk semua pertandingan.ana tak datang sekolah hari ni. diaorang balik awal tadi..


hmm,mengikut kata munirah, persatuan puteri islam yang menang..dapat juara tu..huhu. tapi, bukan kumpulan yang diketuai ana. emm, mungkin tak ada rezeki kot. bak kata munirah, yang selalu dipuji tu la yang tak dapat terbaik..it's ok. i accepted it..ana redha jugak. sorry Ya Raudhah, Ustazah Rosmarina and candidates group 1.

Hari Kemucak Kokorikulum

Best than before! tu jela yang mampu ana cakap. even pertandingan dia sikit jer. ada pertandingan bola jaring, memasak dan kawad kaki. Hari Kemucak Kokorikulum ni berlangsung selama dua hari iaitu 10-11 November. Hari isnin pertandingan bola jaring dan memasak . ana masuk dalam pertandingan memasak. hmm, macam tak percaya jer.haha

ana suka tengok pertandingan bola jaring. pertandingan ni berlawan antara kelas. ana suka sebab apa? sebab ada sifat 'semangat' dalam diri pemain terutamanya kelas ana, 4a1. congratez to u all k. kelas ana tak practise tapi alhamdulillah boleh menang. ana sendiri dapat tengok muka2 bersemangat para pemain tu sendiri. tapi, ana tak masuk pon.hehe.

Dalam pukul 1 petang ana dan kawan ana, Ya Raudhah ikut Ustazah Rosmarina prepare kan barang2 untuk memasak ni. pilih mangkuk serta set2 untuk time serve nanti. Setia persatuan ada dua group. dalam Persatuan Puteri Islam, ana jadi group pertama. masak bubur kelantan. tapi, yang sedihnya..setelah berhempas pulas masak2, last2 ana sendiri yang tak dapat makn hasil yang ana buat..bole jadi batu belah batu bertangkup ni..haha

at last, ana dan ketua untuk group kedua serve kan untuk para hakim dalam pertandingan ni. nasib la ana tahu apa ingredient dalam bubur tu. ada daun kesum, daging dan ikan rebus serta ayam. then, ana explain kat para hakim apa yang ada dalam bubur tu. alhamdulillah, good responds from them. mereka berpuas hati sangat2 dengan group kami and they said that our porridge is 'umpphhh..' that so great! alhamdulillah..


Tamrin I'dadul Madrasah a.k.a Last Exam

wa...bestnya! dah habis exam.ringan sikit kepala ni.hihi.( padahal tahun depan spm). last paper sejarah. ok la soalan dia berbanding sebelum2 ni.

Tamrin?? masdar bagi fiil 'marrana'.masuk soraf la pulak. korang tau tamrin tu apa? dia macam motivasi dan latihan jugak la. best jugakla..dan 'lain dari yang lain', yang lain nya kali ni sebab ana jadi fasilitator. wow! biar betul..haha. erm,actually, tamrin ni adalah sebahagian daripada program asrama. Tapi, Ustazah Hanizah minta ana tolong jadi fasi sebab kekurangan orang. ana dan munirah. kami sedia membantu ustazah.

belum lagi masuk tamrin dah macam2 dugaan. dari rumah munirah, ana dan munirah berjalan kaki ke sekolah disebabkan tak ada transport nak menghantar kami. so, tak apa lah..sebab semangat dah ada kan.dalam perjalanan tu pergila lunch dulu. nanti tak ada energy pulak. then, jalan lagi........tiba2 kena kejar dengan seorang pak cik yang 'agak tua' la jugak..apalagi?? berlarilah kami.nasib selamat..alhamdulillah.

Kami pon sampai kat sekolah. fuh..lega rasanya. then, kene masuk Bilik Gerakan Pengawas. Program Tamrin ni sebenarnya di handle oleh para pengawas dan beberapa biro yang terpilih je. tapi ana ni tak tersenarai pon dalam pengawas, biro apatah lagi pelajar asrama. mungkin rezeki ana jadi fasi ( walaupun penat? ). ana minta maaf kalau ada yang terasa ana dapat jadi fasi.sorry k. actually, program ni dirancang oleh Saudara Farzad (ketua umum skola ana). bagusla, sekurang2 nya ada pembaharuan dalam asrama sekolah ni.

Sepanjang program ni berlangsung ana paling tak bole lupakan time muhasabah diri. sebenarnya benda ni tak masuk dalam tentatif pon. tapi, ni pun dirancang oleh ketua umum kami sendiri. alhamdulillah, dalam part ni banyak menyedarkan para pelajar kita ( tak tahula sedar sampai bila ). ada yang mengeluarkan air mata keinsafan..alhamdulillah. for the first time ana jadi pemerhati dalam muhasabah diri ni. sebelum2 ni kalo ana pergi mana2 motivasi ana jadi peserta. then, kene tutup mata dengan something, lepas tu fasi2 akan start 'operasi'. tapi kali ni ana dah jadi fasi. ana dapat tengok macam mana program ni berjalan. ana dapat tengok macam mana reaksi para peserta. tapi dalam semua orang mengalirkan air mata keinsafan ada la hamba Allah yang susah sangat nak keluarkan air mata. mungkin dia tak dapat hidayah untuk yang itu lagi? ana doakan semoga dia dapat hidayah untuk yang itu.

Sepanjang program ni, fasi2 hanya tidur untuk beberapa jam je. Besar juga pengorbanan 'para fasi' dalam sesebuah program ye.Hari ahad bertarikh kan 9 November 2008, perasmian penutupan program Tamrin I'dadul Madrasah ni. Apapun, ana harap program ni dapat menjadi sesuatu yang terbaik buat diri ana. insyaAllah..

Big Playground!

Ha...already finish making agar2. tak tau apa rasa nya. mana tak nya, main sumbat jer bahan dia. hehe.tapi rasa manis sangat kot. dah la letak gula satu cawan setengah then letak lagi susu manis pekat. bantai jela..dalam perut jugak nanti. just 'try and error' kan..

Pagi tadi gi jogging. abang bawak jogging kat cyber. best gak! sbb ada big playground. haha.bukan ana je yang excited main tau! abang,ibu dengan ayah pon sama.hehe.abang main gelongsor tapi tak gelongsor pon badan dia..haha.main buai la..bestnya! time kecil2 dulu tak puas kot. lepas tu jalan la pusing satu taman tu. berjogging sambil bergambar..haha.

Buku? tadi baru masuk sejarah bab 2..hehe.tak sampai pon target.ingatkan hari ni dah boleh masuk chapter 3. adus2..bak kata cikgu ana 'sejarah adalah ubat mujarab untuk tidur'.haha.tahu tak pe..


Warkah Buat Hawa ..

Hawa,
andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH.....

Hawa,
andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau jodohmu. Ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman, maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri..

Hawa,
Lelaki yg baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya..

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan denagn wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya...
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan..

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandangan mu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu dan kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu. Biarlah cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu. Cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu..

Hawa...
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperoleh cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta bahagia selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia juga yang menggoncang iman!

Cinta Dalam Hati..

err.. suspen jela title ni kan? hehe. saje buat gempak.tak de la..tadi baru tengok cerekarama ( buat lupa2 nk study..adus2 )..hmm,tp ending dia tak best langsung. sekarang ni kan cerita2 melayu banyak sangat yang ending nya ntah kemana..ni yang malas nak support cerita negara sendiri.

hmm, esok kena bangun awal2 pagi. nak pegi berjogging.hehe.tapi ingatkan nak stay up..harap2 mata ni tak buat hal..

I Love Islam ...


emm, last week ana try tgk banyak laman web yang agak best..sejak akhir ni ana suka sangat baca pendapat orang ramai..( bagi pendapat tak nak..baca je tau ) hehe.

latest yang ana selalu buka www.iluvislam.com ..best, perfect semua nya..seperfect agama Islam tu sendiri kan..
pasal kesihatan..remaja...dewasa, resipi, n macam2 lg la..hehe.cam promoter lak.

sape yang tak penah try lagi cuba la try buka eh..

Just For You!


From Your Sister : http://akumasihdiriakusendiri.blogspot.com

Happy Eid Fitr ..

alhamdulillah..habis jugak puasa tahun ni kan..tahun ni tahun last beraya tanpa ala (tahun depan,insyaAllah la budak tu balik)..hihi.

raya tahun ni x ada apa pon yang berubah. cuma family pak itam je..sian diaorang..tahun ni beraya tanpa amin, asyikla setia menunggu amin kat ym tu. ana ada cakap 'janganla menunggu sesuatu yang tak pasti' ceh...haha. slaah ke eh?

malam raya tu kiteorg convoi gi rumah mak ngah (mmg kebiasaan tiap2 tahun).. tahun ni mood raya kureng la. ntahla, x rasa pon nak raya..apesal la dgn diri ana ni..huhu

Balik Kampung !!!

RAYA vs SMA..ahh, x de versus2 nya la. sma tu sma la jugak tapi raya pon kene sambut jugak.hehe
ustazah hanizah pon ada pesan janganla sibuk hafal sma sampai tak pergi raya rumah orang.kalo dah terlebih rajin pon..susah jugak kan?

raya hari rabu tapi hari sabtu dah sibuk kemas2 rumah. esoknya dah nak balik kampung da. raya tahun ni raya kat belah ibu, muar. tapi before balik muar, balik melaka kejap. nak merasa puasa dengan nenek. hehe

Then, dalam perjalanan balik muar ana dengan family singgah la bandar melaka. saja cuci2 mata ni. banyak gila la sale. bestnya..tapi tak beli apa2 pon. abang jer sibuk beli2 barang dia (cerewet punya pasal)..huhu

sampai kat johor kami berbuka puasa di rumah mak andak beramai2..( ala, amin, kak long n family tak termasuk ) haha. mcm2 gak la makanan ada.

tahun ni 'hotel' kami di rumah mak long. sian mak long.. anak2 dia ramai tak ada. so, tolong2 la apa yang patut kat sana. masing2 ada menu2 masing. haha. ana buat dadih jer ( orang buta pon bole buat ).

then, malam raya tu mak long dengan ibu nak pergi solat tasbih kat masjid. tapi ibu tak dapat nak pergi, jaga ayah kat rumah..pening. mula2 mak long ajak rasa malas nak pergi.. janganla salah faham. act, nak habiskan juzu' dalam baca quran sepanjang ramadhan ni. tapi at last, bila kereta bergerak dah, barula berlari2 kejar. nasib baik sempat. haha.

alhamdulillah, tahun ni dapat jugak buat solat tasbih ( panjang sangat )..hmm, jarang dapat buat solat tasbih.
harap2 lepas ni dapat buat dengan lebih kerap.insyaAllah..


Ramadhan Dinanti..

lamanya la kan da x posted blog ni..bukannya x nak pon tapi x berkesempatan jer.

tup2, da smpi pun bulan ramadhan. maksudnya dah nak dekat SMA la... wa...takutnya.

seminggu sebelum raya sekolah ada buat jadual anjal. seminggu tu full dengan subject sma jer. tapi best apa...diaorg x suka takpe..janji diri ana sendiri suka..haha.

seminggu tu sibuk mengahafal jer..time tu la cam orang gila2 sket (sbb suka ckp sorang2)..hehe.

fasting month ni sekolah ada buat tadarus..ana pon dah tanamkan tekad nak habiskan 30 juzu' dalam 1 bulan ni.
sempat ke ..?

CUTI or 'OFF' ??

Hari ni 27 rejab ..eh,tp blom masuk lagi la.maghrib nnt baru masuk.hmm,arini masuk 3 hari ana puasa. Naimah la yang naikkan semangat..huhu.rasa macam nk straightkan sampai khamis terus..sekarang ni pukul 9 pagi.kejap lagi baru start nk study..hafal2.kakak cuti hari ni,penatla gitu.

Hari ni kat skola ade ceramah israk mikraj, tapi tadi macam pening2 skit.tu yang cam berat jer nk gi.takpe la,off utk hari ni.MC ...hihi.sekarang ni pon tengah pra trial sma..esok tafsir hadith.setakat ni da 2 paper ana buat,alhamdulillah...ok la.ok pon tak bermaksud mumtaz lagi kan..taip harap2 la.dah tak tahu nk kata apa...hehe.

Pra Trial ??

Sebenarnya tak ada apa2 pon nk cite.petang tadi tengok sinetron anakku bukan anakku.makin lama makin best plak cerita tu... (sejak bila ntah minat drama indonesia) hehe...hari ini keazaman bertambah kuat.huhu.ape dia azamnye tu ek?ada la...haha.

next week ada pra trial sma.takutnya...kalo tkt baca la buku kan, ni smptla post utk blog ni.hihi. hmm,skrg ni tengah fikir2 lps sma nk amik kls tuisyen.rasa macam nak ambil subject bahasa arab tinggi, add math, akaun n science,but still not confirm la...apapun, pray 4 my success in sma ye...bittaufik wan najjah to all candidates sma! mumtaz jiddan, insyaAllah!

New Assignment...Hexene ooo Hexene..

Hexene !! u make my head sicks. nasib baikla internet ni sihat walafiat. alhamdulillah..

huh,peningnya la nak buat benda ni.tak minatla kimia2 ni...dah la esok presentation, dugaan betul.
apa la sbnrnya hexene ni kan...boleh ke wat presentation esok?harap2 bolela...wish me luck! to ala: thanx for helping me.

Siapa Kita Sebenarnya...???




"Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia didalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama ; sekiranya ia haid dan kedua ; ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka."

First Blog...

In the name of Allah...

alhamdulillah,berjaya jugak akhirnya siapkan blog sendiri...ni hasil ajaran guru ict ana..
hmm..actually,x berapa minat pon nk main benda2 ni tp bila tgk sibling main, macam bestla pulak..hehe.syukran to all..salam